UKHWAH BERSAMA JUTAWAN HARTANAH DATO MOHAMAD AZLAN DAN TUAN RAJA SHAMRI

Dari status fb Tuan Raja Shamri ⬇️
"Alhamdulillah secara tak sengaja Allah pertemukan saya dengan adinda saya Lan azlan al-amin Dato' Mohamad Azlan Ali dan pasukannya di Besut hari ni. Lebih menggembirakan sebahagian dari team adinda saya Lan tadi adalah juga alumni peserta program saya satu masa dulu dari seluruh negara. Ada bekas pelajar mrsm langkawi, SMKA Lati, uitm pulau pinang dan beberapa tempat lagi yg masih mengingati saya yg pernah mengendalikan program bersama mereka dulu.

Dah besar dah jadi orang hebat belaka dah semuanya. Badan pun semua lagi besar dari saya dah belaka. Dulu masa zaman saya berceramah kepada mereka nampak kecik je belaka.

Terima kasih sudi tegur dan bergambar dengan saya orang kampung serba kekurangan ini.

Saya doakan agar Allah berikan kebaikan untuk kita semua dalam terus berukhuwah memakmurkan bumi ini. Lindungi lah ya Allah semua orang baik-baik di mana-mana sahaja mereka berada.. amin"


Sumber dari fb Dato Mohamad Azlan. ⬇️
"Jumpa kekanda kami, seorang insan hebat yang sangat memberi inspirasi serta tidak putus menjentik dorongan positif, abang Raja Shamri .

Beliau terkenal dengan kerja kerja kebajikan dan amal terhadap masyarakat."

Popular posts from this blog

ASET HARTANAH DATO' AZLAN AL AMIN SEMAKIN BERTAMBAH.

KONSEP PERNIAGAAN JUTAWAN HARTANAH DATO MOHAMAD AZLAN SANGAT MEMBANTU.