Alhamdulillah,jutawan hartanah Dato' Azlan Al Amin terus menambah aset hartanah untuk projek seterusnya. Sumber dari fb Dato' Azlan Al Amin ⬇️ SELESAI BELI TANAH DI SETIU. Alhamdulillah. Hari ini 2 April 2023, saya diizinkan Allah Swt buat satu pembelian hartanah di Setiu yang bernilai sekitar rm1.4 juta. Sebenarnya agak jarang saya sendiri ke Pejabat Tanah untuk berurusan.Selalunya saya akan wakilkan kepada Mustakim atau adik adik saya yang lain. Saya dah agak "malas dan lali" nak naik turun pejabat. Maklum saja,dah 11 tahun saya urusniaga hartanah ni. Agak jemu buat benda yang sama,kecuali upgrade benda biasa kepada benda luarbiasa. Tapi hari ni, Mustakim beria ria ajak saya ke Pejabat Tanah. Untuk tidak menghampakan hasrat beliau, saya temakan juga dan kami selesai dengan jayanya melalukan urusan pindah milik melalui Borang 14A setelah sebelumnya transaksi kewangan harga tanah sudahpun diselesaikan kepada owner. Saya masukkan na...
TERIMA GERAN TANAH LOT INDIVIDU YANG DIBELI DARI SAYA. .Tahniah kepada akak ini kerana dah terima geran individu untuk tanah lot yang dibeli sebelum ini. Masa beli dulu, saya dalam proses pecah lot. Biasa lah pecah lot tunggu masa beberapa tahun untuk selesai dapat geran geran individu. Sebenarnya itu perkara biasa dan semua status sudah dimaklumkan kepada pihak pembeli, bahkan pihak pembeli pun jelas serta berpuas hati dan menerima urusniaga dengan tenang. Tapi, bisnes apepun memang tak dapat lari dari para pendengki. Itu juga situasi yang saya alami. Team penghasut yang punya perasaan dengki pun kata la saya ni jual lot lidi lah, scammer lah, penunggang agama lah, dan macam macam lagi. Padahal, sebelum jualbeli bersama pelanggan, kita dah maklum kedudukan serta situasi hartanah yang dalam proses pecah lot dari A-Z. Bahkan, setiap jualbeli dimeterai dengan surat perjanjian yang jelas. Perniagaan saya bersifat membantu. Memang tidak sempurna dan terdedah jua kep...