TERBANG LAGI TINGGI BERSAMA JUTAWAN HARTANAH DATO MOHAMAD AZLAN

Sikap orang berjaya mereka tidak takut untuk mencuba,berusaha dan terbang lagi tinggi.
Berani mencuba dan kawal risiko.

Sumber: Fb Dato Mohamad Azlan Ali

SELAMAT DATANG KEBERANIAN, KESABARAN, DAN KEBIJAKSANAAN.

Dulu aku mungkin ada sedikit keraguan, ketidakyakinan dan ketakutan. Namun kini, aku sudah sedia menghadapi segala cabaran dengan penuh keberanian, kesabaran dan kebijaksanaan.

Telah aku lalui segala jalanan yang berliku, 
Sudah aku tempuhi semua selekoh yang tajam,
dan sekian banyak aku redahi lorong yang kelam,

 Aku,pernah dilambung dipuja,
kemudian dihenyak dan dihina,
hingga aku terasa sakit bukan lagi pada luka,
 dan perit tidak juga pada parutnya.

Benarlah, hidup tak semudah yang diharapkan,
 kerana bukan semua harapan kan menjadi kenyataan . Adakalanya hidup ini terasa kejam, namun itu bukan alasan untuk aku menjadi zalim.

Apepun,istilah undur tiada dalam kamus hidup.
Aku tidak peduli lagi akan cercaan atau pujian, 
semua itu sudah sebati dan perjuangan. 
Aku hanya mahu berjaya di dunia dan akhirat,
 itu yang kekal jadi matlamat. 

Kepada teman yang setia, terima kasih atas segalanya.
Pada kawan yang pergi, kau tetap kuhargai.
Bagi lawan yang iri, kau tidak kubenci.

Paling penting,
kini ku sedari,
tidak semua yang aku dapat pada pertemuan,
dan bukan semua perpisahan itu adalah kehilangan.

Lantas,
 ingin kutinggalkan segala yang tidak penting dalam hidupku. 
Kerana kutahu,
apa yang tidak memberiku manfaat, tidak akan memberiku mudarat.

Sesungguhnya,
 perjalanan hidup ini membuatkan aku belajar dan diajar, 
aku beroleh pengajaran juga pelajaran,
yang akhirnya jadi tauladan jua sempadan.

Terima kasih usia 35 tahun yang kian berlalu, 
Pada mu ada seribu kenangan yang aku rindu,
Dan sejuta peristiwa yang tidak pernah membuat aku jemu,

Pada masa silam, kau kulepaskan.
Buat masa depan, kau kudambakan.

Popular posts from this blog

ASET HARTANAH DATO' AZLAN AL AMIN SEMAKIN BERTAMBAH.

KONSEP PERNIAGAAN JUTAWAN HARTANAH DATO MOHAMAD AZLAN SANGAT MEMBANTU.