PEMBERIAN DUIT RAYA DARI JUTAWAN HARTANAH DATO MOHAMAD AZLAN

Alhamdulillah gembira adik-adik terima duit raya dari orang berjaya seperti Dato Mohamad Azlan.

Sumber: Fb Dato Mohamad Azlan Ali.

"TADIKA KAMPUNG GONG TOK TOR, JERTIH.

Sampai saja di kampung Subuh tadi, saya rehat sekejap. Kemudian jam 10.30 am saya terus hadir jemputan hari raya kat Tadika KEMAS Kampung Gong Tok Tor, Jertih.

 Sempat beramah mesra dengan guru guru serta pengurusan tadika ini sambil menyampaikan sedikit duit raya kepada anak anak yang belajar di sini.

Haji Nawang dan Isterinya Hajah Ma serta kak Ema mahupun cikgu Na bersama ustazah, mereka antara tulang belakang yang sangat prihatin dalam mengambil berat tentang tadika ini. Pelajar pelajar pra dijaganya penuh kasih sayang sebagaimana anak anak mereka sendiri. Hanya Allah yang mampu membalas jasa mereka semua.

Inilah tadika tempat saya memulakan pendidikan pra sekolah pada tahun 1993 dahulu.

Bila kembali semua ke sini sekarang, hati terasa sebak. Pelbagai kenangan zaman kanak kanak menerpa ingatan. Ada kawan kawan yang dulunya pernah bersama belajar di sini, namun sudah meninggal dunia. 

Antaranya arwah Riduan Mustafa, arwah Asmawi Aziz, dan arwah Emi Emelia. Hati menangis mengenangkan semua kenangan bersama mereka.

Begitulah hidup ini, semuanya tidak kekal, kita semua akan pergi jua. Moga Allah rahmati roh kawan kawan ku yang sudah kembali kepadaNya, aku pasti akan menyusul mu duhai teman.

Pada anak anak kecil yang masih belajar di sini, saya doakan kejayaan buat mereka. Semoag membesar menjadi insan berguna."

Popular posts from this blog

ASET HARTANAH DATO' AZLAN AL AMIN SEMAKIN BERTAMBAH.

KONSEP PERNIAGAAN JUTAWAN HARTANAH DATO MOHAMAD AZLAN SANGAT MEMBANTU.