NIKMATI HIDUPMU NASIHAT JUTAWAN HARTANAH DATO MOHAMAD AZLAN
Islam agama yang terbaik,menuntut umatnya jadi terbaik dan berguna pada masyarakat.
Bahkan,menzahirkan setiap nikmat tanda rasa syukur.
Alhamdulillah itulah yang Jutawan Hartanah Dato Mohamad Azlan perjuangkan.
NIKMATI HIDUP MU.
Sejak kecil, saya telah melalui banyak kesusahan dan kesukaran dalam hidup. Namun saya tidak mengeluh, kerana apa saja takdir Allah pasti punya hikmahNya.
Justeru, ketika Allah meminjamkan sedikit nikmat kesenangan kepada saya, saya tidak kedekut untuk membelanjakannya hanya untuk mendapatkan sedikit keselesaan hidup.
Nikmat itu harus disyukuri, bukan dikufuri.
Saya berbelanja di atas hasil usaha untuk menghargai kepenatan yang telah saya lalui.
Baik dari segi kenderaan darat atau udara, saya tidak berkira menghabiskan sejumlah wang untuk menikmatinya selagi mana saya menjadi insan yang bersyukur dengan segala nikmat pinjamanNya.
Ramai yang tidak tahu, sebenarnya sudah lama saya menggunakan khidmad helikopter. Bukan sekarang, tetapi sejak 2018 lagi menerusi beberapa buah syarikat yang menyediakan perkhidmatan itu, cuma saya tidak heboh pada waktu itu.
Saya menggunakan khidmat helikopter untuk kecepatan mengendalikan urusan perniagaan atau sekadar untuk aktiviti santai bagi merehatkan minda. Saya membelanjakan wang yang agak besar untuk itu. Namun itu berbaloi kerana saya ingin merasai banyak nikmat Allah yang halal untuk kita selaku umat Islam.
Begitu juga untuk kereta, hartanah, atau kehidupan saya. Saya suka keselesaan , tapi yang tidak membazirkan.
Kita mencari kelebihan dunia untuk dinikmati dan dimanfaatkan selagi tidak melampaui batasnya. Itu adalah normal manusia, bukannya kita bersusah payah cari wang atau harta kemudiannya menjadi hamba abdi kepada dunia.
Ramai yang dengki dan iri hati, lalu ditabur pelbagai fitnah agar saya jatuh. Tapi itu bukan urusan saya, rezki kita bukan pada manusia, tapi di tangan Allah. Sebab itu saya tidak kisah, jatuh bangun kita Allah yang tentukan, bukan manusia.
Nak beli, pajak, sewa, heli atau jet, itu terpulang kepada kemampuan atau kebijaksanaan percaturan masing masing. Mengapa perlu berdengki? Dengki kerana kita ada masalah hati, itu je yang sebenarnya.
Saya tetap seorang hamba Allah yang menginsafi setiap nikmat daripadanya. Kita tidak punya apa-apa untuk dibanggakan. Apa-apa saja yang dinikmati, hanya untuk disyukuri. Tidak perlu merasa diri tinggi, kerana kita tetap hamba kepada Yang Maha Tinggi.
Jika sekadar terbang di udara, burung dan kupu-kupu lebih hebat daripada kita. Jika dapat menyelam di lautan, ikan-ikan lebih berupaya daripada kita. Dan andai dapat berlari di bumi, haiwan yang melata lebih pantas daripada kita.
Justeru, siapa kita? Kita tak punya apa-apa.
Jika ada yang berkata kau terlalu mengejar dunia, maka aku menjawabnya, ya aku mengejar dunia untuk mendapatkan akhirat.
Mana mungkin tanpa dunia kau sampai ke syurga. Tetapi untuk sampai ke syurga abadi, dunia hanya perlu di tanganMu, bukan menakluk hati. Maka fahamilah bahawa dunia itu bukan sesuatu yang menyelimuti dirimu, tetapi dunia itu adalah apa yang menawan hatimu.