JUTAWAN HARTANAH DATO MOHAMAD AZLAN HADIAHKAN KERETA TOYOTA RUSH KEPADA STAFF.
Majikan terbaik.
Cantik dan bergaya kereta ini.
Seronok staff bermajikan dengan Dato Mohamad Azlan.
Selain dedikasi,beliau juga impati dan tahu menghargai staff.
Alhamdulillah rezeki staff 🤲
Sumber dari fb Dato Mohamad Azlan ⬇️
"HADIAH KERETA TOYOTA RUSH.
Tahniah cikgu Yazid Adhar,dapat beraya ngan kereta baru tahun ni.
Terimalah hadiah kereta Toyota Rush ini dari ambo sebagai tanda penghargaan seorang MENTOR kepada usahawan bimbingannya yang cemerlang!
InsyaAllah lepas ni,mana mana usahawan bimbingan ambo yang cemerlang,ambo nak bagi hadiah kereta dan tanah tapak kediaman.Moga jadi amal kebajikan serta dorongan motivasi kepada anak anak muda di luar sana untuk terus maju.
Dengan saya,perniagaan utama adalah hartanah.Saya tidak pandai bisnes online,MLM,sistem ejen atau lain lain trend bisnes berasaskan IT masa kini.Saya macam hero tamil,filem tanpa animasi atau 3D.Justeru,perniagaan saya sepenuhnya perniagaan hartanah secara praktikal.Tanah cantik,beli dan bangunkan dengan nilai lebih komersial.
Terima kasih cikgu Adhar kerana walaupun dah bekerjaya,tapi tetap bersemangat untuk jadi ahli perniagaan berjaya.Anak muda berusia 30an yang hebat dan berwawasan.InsyaAllah boleh pergi lebih jauh lagi dengan kejayaan penuh gemilamg.
Nanti,rajin rajinlah lah cikgu bawa kereta kecil pemberian ambo ni ke masjid ya.Mudah mudahan di akhirat nanti,ia jadi saksi bahawa kamu selalu gunakan hadiah yang abg berikam ini ke jalan Allah."