DATO MOHAMAD AZLAN JIHAD EKONOMI HARTANAH DENGAN PEMATUHAN SYARIAH.
Alhamdulillah untuk memastikan perniagaan jutawan hartanah Dato Mohamad Azlan kekal di landasan syariat dan berkembang dalam kerangka profesionalism beliau banyak melantik ahli dan pakar setiap bidang termasuklah penasihat syariah.
Penasihat Shariah Haji Land Berhad - Malaysia Maulana Husnul Hizam Hamzah.
Berikut adalah sedikit ringkasan tentang biografi beliau :
MAULANA HASNUL HIZAM BIN HAMZAH LAHIR PADA 28 JANUARI 1968 DI, KELANTAN.
AKADEMIK : B.A : JAMEK MADRASA ARABIA RAIWIND, LAHORE (SEHINGGA 1996)
M.A: UNIVERSITI JAMIA ASHRAFIA, LAHORE (1996 – 1997)
LANTIKAN KHAS : AHLI JAWATANKUASA DARUL HADITH MALAYSIA, JABATAN PERDANA MENTERI.
KERJAYA : TENAGA PENGAJAR, MA’AHAD MIFTAHUL ULUM, SRI PETALING,K.L. (1999 – KINI)
: PENGERUSI PUSAT TARBIAH AN-NUR (2001 – KINI)
: PENGERUSI MA’AHAD TAHFIZ WAADINIYAH LIL BANAT (2010 – KINI)
: PENGARAH URUSAN MIDRAJUL FAWATEH RESOURCES (2016-KINI)
: PENGARANG & PENERBIT KITAB MIDRAJUL FAWATEH (JILID 1 – 10)
KEPAKARAN & PENGALAMAN
Beliau telah menjadi tenaga pengajar dan merupakan seorang Sheikhul Misykat (Ketua Jabatan Kitab
Misykat) di Madrasah Miftahul Ulum Sri Petaling selama hampir 20 tahun.
Beliau mempunyai tidak kurang
daripada 10,000 orang pelajar yang telah beliau didik dan bimbing.
Beliau merupakan seorang ulama’ yang faqeh (mempunyai kefahaman yang mendalam) dalam pelbagai
disiplin ilmu Islam khasnya dalam bidang hadith.
Kazanah ilmu yang tersimpan dalam dada beliau kini dikongsikan secara menyeluruh kepada masyarakat
dalam negara dan seluruh dunia, dan untuk itu beliau juga memenuhi undangan untuk mengajar dan
berceramah dari seluruh negara.
Kini beliau telah pun menyiapkan sebuah kitab syarah hadith yang diberi nama Midrajul Fawateh sebanyak
10 jilid.
Kitab ini adalah kitab syarah kepada sebuah kitab dari timur tengah yang sangat masyhur iaitu kitab
Miskatul Masobih yang telah berusia lebih 1000 tahun. Kitab ini adalah antara kitab wajib khatam (habis
belajar) dalam disiplin ilmu Islam methodology dari Madrasah Deoband, India.