ORANG BERJAYA DAN POSITIF PENUH DENGAN CITA-CITA.
CITA CITA BESAR SAYA DALAM HIDUP.
Pertama sekali,kenapa saya menulis dan akan cita cita besar saya?
Tak lain tak bukan,adalah untuk memahat impian itu sedalam di lubuk hati serta benak minda agar tidak pernah terhapus oleh ombak cabaran yang cuba memadamnya.
Dan saya,tidak akan memandang rendah pada diri sendiri biarpun mungkin ada orang lain mahupun haters ingin mentertawakannya.
Kerana apa,kerana kita sendiri yang akan bertanggujawab terhadap masa depan kita.Orang lain hanya sekadar penonton,tapi kita lah pemain sebenar untuk menentukan menang kalah perjuangan kita dalam mencapai impian hidup.
Justeru,saya gariskan apa matlamat dan sasaran untuk saya capai dalam hidup saya,InsyaAllah.
.......
Fasa satu ialah ketika saya bermula dan berjalan perlahan,fasa dua ialah di mana saya telah berlari dengan laju,dan fasa tiga ialah ketika saya sudah terbang tinggi!
Itulah tiga fasa yang gariskan pada diri sendiri untuk memburu kejayaan dalam hidup saya. Namun semuanya saya sandarkan dengan izin Allah SWT
Setiap fasa saya sasarkan adalah selama sepuluh tahun,tapi dengan pencapaian di puncak puncak yang berbeza.
Fasa satu umur saya 25-35 tahun.
Fasa ini sudah saya lalui sebelum ini sehingga penutup tahun 2022.
Pada fasa ini saya mahu jadi usahawan atau hartawan,dan syukur saya berjaya mencapainya. Alhamdulillah walaupun penuh sukar,tapi dengan izin Allah kejayaan pertama sudah diraih.
Daripada saya tiada apa apa ketika bermula lebih kurang sepuluh tahun yang lampau,kini saya bersyukur dianugerahkan aset aset hartanah bernilai puluhan jutaan ringgit atau lebih serta sangat strategik dan ianya sekaligus menjadi pemangkin kepada kestabilan perniagaan saya sekarang.
Fasa pertama ini,saya sekadar seorang usahawan tetapi mampu bergelar hartawan cuma masih sekadar mempunyai jaringan rakan niaga serta perniagaan domestik iaitu di dalam negara. Tak mengapa,pencapaian ini pun sudah sangat wajar disyukuri,cuma saya belum selesa kerana punya impian yang lebih tinggi.
Sekarang saya mula memasuki fasa kedua,iaitu ketika usia saya sudah 35-45 tahun.
Fasa ini,saya mahu jadi jutawan dan hartawan dengan nilai beratus juta baik dari segi nilai aset atau cash.
InsyaAllah,fasa ini sekarang sedang dilalui.
Fasa ini,saya mula merangka untuk membina rangkaian rakan niaga dan jaringan perniagaan sehingga ke luar negara.InsyaAllah. Sasaran waktu ini,mungkin ke Timur Tengah dan beberapa belahan benua yang strategik.
Fasa ini,saya mula berlari laju. Fasa ini,saya mahu benar benar bergelar jutawan. Bebas kewangan,mantap kewangan dan kukuh kewangan.
Fasa ketiga ialah di saat saya nanti berusia pada 45-55 tahun InsyaAllah. (Moga saya dipanjangkan umur untuk menjejak usia ini)
Fasa ketiga ini nanti lebih mencabar diri dan minda saya.
Saya target saya mahu jadi bilionair muslim yang hebat dan berjaya dengan nilai perniagaan sudah mencapai berbilion bilion.InsyaAllah.
Pada ketika itu,saya ingin bisnes saya sudah mendunia di seluruh dunia.
Fasa ini,saya sudah terbang tinggi,InsyaAllah.
InsyaAllah,target dan matlamat yang jelas akan membuatkan saya berlari di jalanan yang jelas serta terbang dengan tuntas!
Walaupun tiada laluan mudah,namun tetap saya redah.
Paling penting,di setiap kejayaan itu saya mahu pastikan manfaatnya buat ummah.InsyaAllah.
Ya Allah,kurniakan aku kejayaan dunia akhirat dan mudahkan aku mencapai cita cita ini.
Sekarang,saya ingin terbang tinggi! Tapi saya sedar,ini zaman kita perlu berkolaborasi jika ingin berjaya. Zaman bergerak sendiri,perlu diganti dengan zaman pandai bekerjasama.
Sudah tiba waktu saya bergerak bersama sama mereka yang dapat menjadi rakan niaga berpotensi dan berjiwa penuh murni untuk membina kejayaan bersama yang lebih besar.
Ya,sekarang ialah zaman siapa yang pandai berkolaborasi,InsyaAllah dia boleh berjaya dan boleh pergi lebih jauh.
Ya,kalau kita bergerak sendiri,kita hanya sekadar dapat pergi lebih laju,tapi belum tentu kita mampu pergi lebih jauh. Namun ketika kita bergerak bersama sama,InsyaAllah kita bukan sekadar dapat pergi lebih laju,bahkan kita dapat pergi lebih jauh.
Saya sendiri mula aktif membina jaringan networking atau membentuk kerjasama bersama ramai rakan rakan niaga dalam misi membina empayar perniagaan yang lebih besar terutamanya di bidang hartanah serta pembinaan.
Perniagaan yang berjaya bersama rakan rakan niaga atau shareholder mahupun partner,saya ibaratkan seperti satu genggaman tapak tangan di antara jari jari yang berbeza. Kalau hanya dengan satu jari,mustahil genggaman akan jadi kuat.Tapi jika semua jari jari bersatu,pasti akan jadi hebat.
Itulah sebenarnya gabungan pelbagai kemahiran yang kita perlukan untuk membina perniagaan yang lebih berjaya,InsyaAllah.
Pada anda yang berminat untuk mengetahui dan menerokai lebih lanjut akan peluang perniagaan bersama saya,boleh isi link di bawah untuk saya santuni.
>> https://forms.gle/MdbcQVoJRDQ9MjwQ8
>> https://forms.gle/MdbcQVoJRDQ9MjwQ8
>> https://forms.gle/MdbcQVoJRDQ9MjwQ8