DATO' AZLAN AL AMIN DAN PEMINAT SALING MENYANTUNI.

Resam hidup buat baik bagaimana pun jika yang berpenyakit hati tetap tak suka dengan kita.
Ada saja komplen dan hasutan,contoh geng pemfitnah.
Namun begitu masih ramai lagi sebenarnya yang setia memberi sokongan dan menghargai.
Kemana sahaja Dato' Azlan Al Amin pergi pasti akan ketemu dengan peminat yang merata tempat datangnya.

Alkisah dari status fb Dato sendiri.

" Akak yang baik hati.
Dalam perjalanan ke KL petang ini,saya singgah beli juadah berbuka puasa kat DAPUR WARISAN kat Simpang Empat Raub.

Dari jauh saya lihat akak ini sibuk bersama anak anak dan suaminya menyediakan menyantuni pelanggan yang singgah.Dalam hati saya berkata,bagus betul cara mereka sekeluarga berniaga,bersatu hati dan bekerjasama.

Ya,satu hati dan kerjasama itu adalah kunci kejayaan kepada bisnes berkeluarga.

Saya sempat tangkap perbualan mereka sambil sambil memilih makanan yang ingin dibeli.

"Abang tolong hantar makanan ini ke rumah anak anak yatim ya" ,kata akak ini perlahan pada suaminya.Suaminya dengan wajah ceria,terus memasukkan makanan ke dalam kereta.Agaknya,InsyaAllah mereka ingin berbuat kebajikan terutamanya dalam bulan Ramadhan.Dalam hati saya tetiba rasa gembira,betapa dalam berniaga mereka turut memburu barokah.

Selesai memilih makanan,saya terus masuk ke dalam kereta dan membiarkan pengurus saya,Shafik,untuk mengambil makanan.

Tiba tiba pintu kereta diketuk,Shafik memberitahu saya bahawa kakak tersebut dan suaminya ingin bergambar.Rupanya mereka kenal saya. Alhamdulillh,bertambah lagi ukhwah sesama ummah.

Saya menyantuni permintaan mereka.

"Ini akak bagi lauk dan sayur lebih ya" ,kata akak tersebut sambil menghulurkan makan yang siap dibungkus kepada saya.

MasyaAllah,pemurah betul akak ni sekeluarga.Saya doakan moga Allah SWT murahkan rezki akak ini sekeluarga berkah sifat pemurahnya.

Ya,kaya jiwa itu lebih utama berbanding kaya harta." Sumber FB Dato' Azlan Al Amin

Link berkaitan: 
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid02gCsnX6VsYrCpbhfyUas8HYbu9zKuGMW6YFm1p4WE8H6SV79xik9b1QWufeBfn1RHl&id=100050577185716&mibextid=Nif5oz


Popular posts from this blog

ASET HARTANAH DATO' AZLAN AL AMIN SEMAKIN BERTAMBAH.

KONSEP PERNIAGAAN JUTAWAN HARTANAH DATO MOHAMAD AZLAN SANGAT MEMBANTU.